28 March 2011

Majlis Tahlil & Tazkirah Hari Polis 204

Majlis Tahlil & Tazkirah sempena Peringatan Hari Polis Ke-204 peringkat IPD Shah Alam telah diadakan pada 24 Mac 2011 jam 12.00 tengahari di Dewan Sri Mawar, IPD Shah Alam.


Kelainan pada tahun ini ialah majlis dilangsungkan di dalam dewan sambil duduk di atas kerusi berbanding kebiasaan iaitu di dalam surau sambil duduk bersila.


Ini adalah kerana surau di dalam bangunan baru IPD Shah Alam sangat kecil yang boleh memuatkan hanya dua (2) saf yang biasanya dipanggil musolla berbanding IPD lain yang mana bangunan surau dibina berasingan.

Sambutan yang baik.

Majlis tahlil dimulakan sekitar jam 12.15 tengahari yang dipimpin oleh Ustaz Saiful Jamsyir Md Hakim khusus untuk para pejuang terdahulu yang telah meninggal dunia dalam mempertahankan pertiwi dan diiringi dengan doa selamat.

Ustaz Saiful Jamsyir Md Hakim.
Ketua Polis Daerah, Ketua-ketua Bahagian, Ketua-ketua Balai, para pegawai serta anggota juga kakitangan awam telah hadir ke majlis ini dengan anggaran kehadiran 120 orang.
Para hadirin menadah tangan mengaminkan doa.

Turut hadir sama daripada awal program ialah penceramah jemputan iaitu Ustaz Mohd Hafiz Hj Fauzi, Ketua Jabatan Syariah, Bank Muamalat (M) Bhd. Beliau diiringi oleh Pengurus dan dua (2) pegawai daripada Bank Muamalat Cawangan Seksyen 9 Shah Alam.

Pengerusi (baju oren) dan Setiausaha PERKEP Shah Alam.

Majlis ini diawalkan kepada waktu tengahari ialah untuk memberi peluang kepada Tuan KPD untuk bersama-sama dalam majlis ini kerana sebelah malamnya beliau akan ke Bukit Aman untuk Majlis Bacaan Yasin & Tahlil Hari Polis Ke-204 Peringkat Bukit Aman bersama YAB Perdana Menteri.
PVR daripada JPAM dan Rela turut hadir.

Majlis diteruskan dengan ucapan aluan daripada Tuan KPD Shah Alam yang mana majlis ini merupakan majlis atau acara yang pertama sempena Peringatan Hari Polis Ke-204 pada tahun ini.
Ucapan aluan Tuan KPD Shah Alam.
Majlis diteruskan lagi dengan sesi tazkirah yang bertajuk "Kehidupan Tanpa Riba" pada jam 12.30 tengahari yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Hafiz Hj Fauzi, Ketua Jabatan Pematuhan Syariah, Bank Muamalat (M) Bhd.
Pengurus dan pegawai Cawangan Bank Muamalat Seksyen 9.

يَا أَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوا اتَّقُوا اللهَ وَذَرُوا مَا بَقِيَ مِنَ الرِّبَا إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِيْنَ. فَإِنْ تَفْعَلُوا فَأْذَنُوا بِحَرْبٍ مِنَ اللهِ وَرَسُوْلِهِ وَإِنْ تُبْتُمْ فَلَكُمْ رُؤُوْسُ أَمْوَالِكُمْ لاَ تَظْلِمُوْنَ وَلاَ تُظْلَمُوْنَ

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kalian orang-orang yang beriman. Jika kalian tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahawa Allah dan Rasul-Nya akan memerangi kalian. Dan jika kalian bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagi kalian pokok harta kalian; kalian tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya.” (Al-Baqarah: 278-279)

Ustaz Mohd Hafiz Hj. Fauzi

Dengan tegasnya, beliau menyatakan bahawa sistem kewangan konvensional adalah riba. Setiap saat kita terlibat dengan riba termasuk kad kredit, pinjaman peribadi dan sebagainya maka dosa itu akan sentiasa dicatat setiap saat juga selama kita terlibat dengannya.

Cawangan Komunikasi menyediakan alat siaraya.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam menjelaskan tatkala beliau berdiri di hadapan para shahabatnya pada haji wada’, di mana beliau bersabda:
أَلاَ إِنَّ كُلَّ رِبًا مِنْ رِبَا الْجَاهِلِيَّةِ مَوْضُوْعٌ، لَكُمْ رُؤُوْسُ أَمْوَالِكُمْ لاَ تَظْلِمُوْنَ وَلاَ تُظْلَمُوْنَ
“Ketahuilah, sesungguhnya setiap riba dari riba jahiliyyah adalah batil, bagi kalian modal dasar dari harta yang kalian miliki. Kalian tidak mendzalimi dan tidak pula didzalimi.” (HR. At-Tirmidzi, Abu Dawud, dan Ibnu Majah dari sahabat ‘Amr bin Al-Ahwash. Dishahihkan oleh Asy-Syaikh Al-Albani dalam Shahih Abu Dawud, no. 3087)
Anggota & KTA wanita.

Riba’ bukan sahaja dilarang dalam Islam, tetapi juga telah diharamkan di dalam agama-agama Samawi yang lain. Islam amat tegas menegah amalan riba’. Islam memandang riba’ sebagai amalan yang keji dan tergolong sebagai salah satu dosa besar.

Khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan.

Islam menolak segala bentuk amalan riba’. Justeru, Allah Subhanahu Wata’ala telah memberi peringatan kepada orang yang beriman, supaya menjauhi amalan riba’ dan seterusnya mengisytiharkan perang kepada pemakan riba’.

Cenderahati dan risalah Bank Muamalat.

Bank Muamalat (M) Bhd Cawangan Seksyen 9 Shah Alam mengambil kesempatan di akhir slot dengan taklimat ringkas tentang produk terbaru dan kempen menyimpan di bank berkenaan yang disampaikan sendiri oleh Pengurus Cawangan sendiri iaitu Puan Rossmini Binti Md Hussain.

Taklimat oleh Pengurus Cawangan Bank Muamalat.

Majlis berjalan lancar sebagaimana yang dirancang yang telah dipengerusikan oleh Encik Ahmad Hafiz Ahmad Humaidi, Penolong Pegawai Psikologi IPD Shah Alam sebagai pengacara majlis.

Pengerusi Majlis.. En. Ahmad Hafiz Ahmad Humaisi (PPPsi S27)

Sesi penyampaian cenderahati menutup tirai majlis yang telah disampaikan sendiri oleh Tuan KPD kepada Tuan Penceramah dan Puan Pengurus Cawangan daripada Bank Muamalat (M) Bhd sebagai tanda kenangan.

Tanda Kenangan.. semoga bertemu lagi.

Menurut mereka, ini merupakan formasi pertama dalam PDRM yang mereka hadir untuk menyampaikan ceramah khususnya dalam tajuk sistem kewangan Islam. Berbanding dengan ATM, hampir semua kem telah mereka masuk untuk menyampaikan ceramah.

Wakil daripada balai-balai.

Senyum itu sedekah.

Anggota dan KTA Cawangan Trafik.

Ustazah-ustazah (S22) daripada Cawangan Agama-BAKA

Encik Sirajuddin (baju putih) Pengurus Kayu Nasi Kandar.

ASP Marina menemani Puan Rossmini.

Menunggu giliran mengambil makanan.

Jamuan yang enak untuk majlis ini ditaja oleh Kayu Nasi Kandar, Seksyen 7 Shah Alam. Terima kasih daun keladi buat Tuan Pengurusnya iaitu Encik Sirajuddin Mohammed Mydin yang turut hadir ke majlis ini.

KCA bersama para pegawai menjamu selera.

Bagaimana pun, makanan pada hari itu tidak mencukupi memandangkan kehadiran adalah sangat memberangsangkan. Diharapkan agar tidak berkecil hati.

0 komentar:

Post a Comment

Komen Dengan Berhemah

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes