29 September 2011

Kerjaya Polis Paling Tertekan?


Kerap bertugas luar waktu pejabat punca ramai anggota alami tekanan

KUALA LUMPUR: Lambakan beban kerja dan kerap mendapat tugasan di luar waktu pejabat atau on call menyebabkan ramai anggota polis mengalami tekanan atau stres, berbanding penjawat awam di sektor lain, iaitu doktor, jururawat, guru serta bomba.

Lambakan beban kerja termasuk kerja lebih masa yang perlu mereka lakukan kerana menyertai pelbagai operasi dan serbuan yang kebiasaannya dilakukan di luar waktu pejabat, iaitu antara jam 5 petang sehingga 6 pagi.

Hasil kaji selidik Jabatan Kesihatan Masyarakat Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) juga mendapati responden merasai tekanan apabila dihantar ke sesuatu lokasi untuk mengawal keselamatan dan ketenteraman serta menyertai pasukan pengaman di luar negara atau sering diarahkan bertugas ketika cuti umum, termasuk musim perayaan.

Kajian pada tahun 2007 hingga 2009 itu mendapati 53.7 peratus daripada 453 sampel kajian di enam balai polis di Wilayah Persekutuan, dipercayai mengalami stres di tempat kerja. Angka itu menunjukkan polis berada di kedudukan teratas mengatasi enam organisasi lain, iaitu bomba (47.3 peratus), guru (45.8 peratus), jururawat (42.3 peratus) serta doktor (40.7 peratus).

Hasil kajian juga menunjukkan 61.1 peratus anggota polis berpangkat sarjan ke atas mengalami kadar stres lebih tinggi berbanding anggota pangkat rendah, iaitu koperal dan konstabel dengan peratusan masing-masing 56 peratus dan 51.3 peratus.

Pakar Kriminologi, Datuk Akhbar Satar yang juga penganalisis jenayah, berkata stres yang dihadapi anggota polis berpunca daripada tiga sebab utama, iaitu profesion kepolisan, peraturan atau polisi dalam organisasi serta masalah individu.

Bekerja tanpa ketentuan masa atau 24 jam sehari dengan panggilan on call pada bila-bila masa, selain perlu mengikut arahan pegawai lebih tinggi boleh mengganggu kesihatan dan kehidupan anggota polis. Malah, sesetengah kes yang disiasat seperti kes bunuh atau yang membabitkan golongan berpengaruh ada kalanya memberikan tekanan terutama tahap kerisauan yang harus diterima serta risiko ancaman terhadap diri dan keluarga, katanya.

Akhbar berkata, anggota polis yang mengalami stres boleh menghadapi masalah sakit jiwa berpanjangan dan mengakibatkan banyak perkara tidak diingini berlaku, termasuk pembunuhan sesama rakan atau bunuh diri serta salah guna kuasa sehingga menyebabkan nyawa orang lain terancam.

Malah, dikhuatiri, jika tahap tekanan yang dihadapi begitu kritikal, senjata yang dimiliki digunakan sebagai alat untuk melakukan ugutan atau sebarang aktiviti jenayah termasuk rasuah, katanya.

Namun, katanya, stres dalam kerjaya kepolisan juga boleh berlaku kerana mereka sering dilabel sebagai perasuah dan prasangka negatif masyarakat terhadap mereka.

Sedangkan mereka menjalankan tugas, tetapi tuduhan sesetengah pihak kononnya pasukan polis korup sama sekali tidak berasas kerana jumlah yang terbabit adalah kecil. Di Malaysia, masyarakat jarang memuji polis, sedangkan merekalah yang menjaga keselamatan sehingga kita selesa untuk bergerak ke mana-mana. Jika dibandingkan di Amerika Syarikat, ia tidak sama seperti apa pasukan polis kita nikmati di negara ini.

Walaupun tidak dinafikan masih ada jenayah kecil berlaku di negara ini, keseluruhannya masih terkawal, mungkin disebabkan banyak rondaan polis di kebanyakan lokasi, termasuk yang menjadi tumpuan penjenayah, katanya yang pernah menginap dua tahun di Detroid, Amerika Syarikat, iaitu bandar yang mempunyai kadar jenayah tertinggi di negara itu.

Oleh Mohd Nasaruddin Parzi dan Muhd Amirul Faiz Ahmad / 2011/09/27

Senarai komen yang menarik



insan kerdil : stres22222...... dah oprasi jauh dr anak isteri tempat kerja lagila jauh dari anak isteri.... cawangan tempat kerja kerajaan ada di mana egri dalam malaysia ni tapi ntah belah mna susahnya untuk kerajaan bagi duduk setempat suami isteri yang yang berkhidmat dengan kerajaan.. kepada pihak yang berkenaan tolong ambil perhatian dengan masalah2 kami...
bakal guru juga

Jnal :sumer keje mmg sibuk, dari tukang cuci di opis hinggalah ceo, dari sekecil2 rakyat jelata hinggalah perdana menteri..jadi tak perlu ler di debat mana2 keje yg sibuk
Suka jadi Guru? Polis? Doktor? Nurse?
Setiap kerjaya ada cabarannya. Tidak kira di BANDAR, PEKAN ATAU PEDALAMAN. Terpulang kepada pilihan masing-masing.Tidak perlu pertikaikan profesion orang lain. Mahu pertikaikan isu gaji, beban tugas dan sebagainya rujuklah dengan agensi berkaitan. Positif dengan kerjaya sendiri dengan kerjaya orang lain.
ewan : kerja kita biar iklas insyallah rezeki ade dimana x perlu mengeluh..kpd pihak berkenaan xperlu xperlu mementingkn diri sendiri krn smua pihak ade tanggungjwad dn kerja masing2 ..so x payh stress klau iklas insyallah kerja dipermudhkn tuhan..amin
Isteri Mu : kpd WP 20134, walaupn anda dithap ke 2 ranking stres dikalangan kakitangan jabatan krjaan yg lain tp anda ttp dapat cntrol stress anda dengan baik. bia pn anda bkerja didlm kwsn yg peraturan yg ketat.lov u so much..
KTA : hidup polis...minta-minta kerajaan naikkan gaji pihak polis dan jaga kebajikan mereka dan kelurga mereka.
zaidi : tu lah masalahnya.....sepatutnya gaji yang diterima oleh anggota polis perlu dikaji semula dan penjawat awam yang lain sepatutnya tidak perlu mencemburuinya(terutama yang berada didalam kementerian yang sama) kerana telah terbukti tugasan polis memang tidak kira masa.keluarga sudah jatuh no.2.

anak polis n9 n anak cikgu n9 : semua kerja ada risiko dan tekanan masing2..cuma cara menangani masalah dalaman diri sendiri seperti personaliti seseorang yang menjadi punya utama masalah2 n stress ini timbul...rohani perlu jaga...ada polis salah guna kuasa dengan menggertak org, pergi kelab malam dsbnya manakala ada cikgu yang tidak pandai mengawal murid...semua nik perlukan perbincangan di dalam jabatan itu sendiri...saya mencadangkan pihak polis membuat satu jabatan seperti dalan tentera...iaitu KAGAT atau unit kaunseling yang terdiri daripada anggota polis yg telah dilatih atau polis2 pencen...unit agama juga penting bagi menyampaikan dakwah yg benar bagi membimbing anggota2 polis ini...mungkin banyak antara mereka rohani tidak kuat....

man : Kerjaya guru memang lebih stres benbanding polis tetapi cara kp mengatasinya dengan sistem penggal persekolahan dimana setiap lebih jurang 3 bulan guru direhatkan ( cuti penggal) dan aktiviti lain di luar sekolah menyebab kadar stres guru kurang berbanding polis. Oleh masa kerja polis hendaklah dikaji oleh pihak kementerian yang berbabit sebelum tahap stres polis mencapai tahap kritikal. Tahniah kepada polis yang menjalankan tgjawab dengan cemerlang, begitu juga lain-lain k/t awam.

rynn : bertugas sbg anggota polis mmg byk stress... malah anggota keluarga juga terasa tempiasnya..bile suami/isteri yg bekerja sbg polis melakukan tugasan terutama pd hario cuti umum dan musim perayaan.. x dpt meluangkan masa bersama.
annacomel : salah satu punca tekanan kerana mereka manjawat jawatan itu disebabkan pekerjaan itu bukan pilihan utama.samada polis ,guru atau sesiapa sahaja akan tertekan jika menjawat jawatan kerana tidak mendapat perkerjaan lain.Seandainya mereka adalah guru atau polis tulin(memang pekerjaan idaman) tekanan tidak terasa sangat kerana itulah kepuasan dan cabaraan yang mereka cari dan mahu hadapi.


pokli : Ya, polis memang sibuk, kerajaan kena bayar gaji yang tinggi kepada pihak polis. Sekarang kita boleh nampak polis di mana2 sama ada membuat rondaan atau di bawah payung di tepi jalan. anak2 polis di rumah tapi polis berada di luar rumah manjaga anak org lain.
tidak lupa juga doktor yang sepenuh masa berada di hospital, malam2 kena oncall, anak2 ditinggalkan di rumah bersama pasangan ketika malam hari kerana merawat org lain yang sakit. kena bayar gaji yang tinggi juga.
sama juga dengan guru2 di malaysia. pada hari sabtu semua anggota awam kerajaan selain badan beruniform dan hospital bercuti bersama keluarga tetapi guru2 sibuk menjaga anak org lain di sekolah. anak sendiri terbuang di rumah asuhan atau pembantu rumah warga asing.
semua kakitangan yang bekerja di sempadan juga berkorban untuk negara.
sempena budjet 2012 minggu depan, diharap kakitangan kerajaan yang lebih berkorban untuk negara akan lebih dipandang oleh kerajaan.
wanita dibelakang pintu : tp yg banyak mengeluh adalah guru...ntah apa ntah...macam dia sorang je keje yg melambak.tak pikir keje org lain.selfish..
med : masyarakat asyik mengutuk polis bila berlaku kes2 terpencil... mmg akan melunturkan semangat dan maruah mereka.. apa akan jadi kalau polis tu bapa atau saudara kita sendiri? apakah kita sanggup megutuk mereka selalu
md. lasa : kerja polis memang baik dan patut mendapat pujian. tapi badan kehakiman dan badan politik berkepentingan banyak melemahkan semangat mereka.

misbahuddin kusnin : P - Pasal O - Orang L - Lain I - Ia S- Sibuk.. tapi itulah tugas dan tanggungjwb polis semoga tabah dan ingat Allah selalu
ai_dieyl07@yahoo.com.my : Setuju. Sgt setuju. Tp knp guru yg duk selalu bising jer sblum ni? Mcm la keje mengajar tu kena duk bwh matahari, berpeluh, mempertaruhkan nyawa? Sbenarnya, bidang kepolisan menuntut lebih drpd itu...tp diaorang cool jer...yg cikgu lak bising...hu
huda lamjani : ku ingatkn kerjaya guru la yg plg stress tapi polis lg hebat rpnya..
syahruddin bin samsudin : Kedua-kedua kerja sama sama ada stres malah semua kerja pun stres.

Guru stress bila semua tindakan disiplin untuk membentuk anak bangsa sentiasa di pandang salah oleh masyarakat. malah ada yang lebih teruk mak ayah anak pun mcm syaitan anak tak leh sentuh tak boleh ditegur. pastu pelas tanggungjawab mendidik anak anak kat guru. patut ke ? tekanan dari kementrian yang dasarnya senantiasa berubah seperti lalang menyukarkan tugasan guru. tunggulah lg menteri pendidikan bertukar ada sahaja dasar baru yang keluar.

Polis pun sama tugasan serta kekangan dari standard menyukarkan kerja mereka malah kerjasama dari org awam pun sukar. polis tidak semua nya tertekan contoh di bandar kecil d kawasan saya sendiri hurm anggota polislah yang paling paling tidak bertimbang rasa dgn org awam. walaupun berpakaian preman org tetap kenal. punca sebegini membuat org awam hilang keyakinan kepada polis. sekuat mana tekanan sekali pun jika kerja kita ikhlas dan mendapat kerjasama baik dari org sekeliling insyallah akan mudah dan senang .. namun saya yakin adalah mustahil kerana setiap manusia berbeza pandangan dan niat serta ego masing masing.
Yangretibase : Jadikan tiap gerak-geri kita itu ibadat kepada Allah SWT. Niatkan saja kerja itu kerana Allah semata-mata demi kebajikan dan kesejahteraan manusia. Insya-Allah, kita tidak dilamun tekanan perasaan (stres) langsung.
dylz 74 : Berat mata memandang berat lagi bahu memikul..
aidil : Tak perlu lagi Ops Sikap musim perayaan. Polis Malaysia dah berlembut sangat. Yang persalah bukannya ambil pengajaran tapi ambil kesempatan. Tak perlu lagi bagi diskaun saman ke. Dari skrg Polis perlu lebih bertegas. Ada Ibu bapa ambil mudah bagi kenderaan kat anak mereka tanpa lesen. Bila benda buruk berlaku salahkan polis. Kalau masa tu langgar orang mati baru nak menyesal. Saman je ibu bapa tu. Jangan berlembut sangat Kesian tgk polis. tiap tahun raya cuti kena beku.
Mamat : Sarjan ke atas lebih stress!!! tapi anak2 buah yg banyak buat hal pun terutama polis muda, jika mereka2 ni jaga keperibadian polis saya pasti mereka lebih dihormati.
jamaliah : saya setuju pekerjaan polis memerlukan banyak kesabaran dan ketahanan mental.orang di luar tahu mengutuk aja.memuji sedikit aja..stess kerap terjadi pd anggota polis
jureate : profesion polis cukup mencabar dan perlukan kesabaran dan kekuatan mental yg tinggi.sikap segelintir masyarakat yg slalu memandang serong terhadap profesion polis sering memberi impak yg buruk kpd imej polis.Masyarakat perlu didedahkan dgn info-info yang positif bg membolehkan mereka lebih memahami kerjaya sebagai polis.
juan : memang benar kenyataan diatas..beban yg ditanggung polis..tapi ada satu lagi pekerjaan yg stress dan melibatkan nyawa orang..yakni jururawat..semua kerje kena buat..lebih dari doktor lagi..penah kita lihat seorg jururawat yg sempat minum kat kedai..tidak kan. so kerajaan pikir-pikirkanlah dengan tugas,risiko dan sebagainya..jururawat pun sektor awam juga.
fresh : saya sangat bersetuju.tahap stress dalam kalangan polis memang tinggi. mereka bekerja siang malam, berhujan berpanas, terpaksa tinggalkan isteri dan anak-anak di rumah dan bersengkang mata untuk jaga keselamatan orang awam. tetapi ada segelintir orang awam yang tidak bersyukur, malah memaki hamun anggota polis yang hanya menjalankan tugas mereka. bila timbul masalah berkaitan keselamatan,ancaman dan sebagainya, polis juga yang dicari..
NAZLI : Saya berharap, pihak polis lebih telus dan berhemah semasa bertugas terutamanya pegawai2 yang berumur 30thn dan ke bawah bersikap lebih baik, dan bukan menagguk di air keruh hanya bertugas untuk di naikkan gaji setiap tahun oleh kerajaan di sebabkan bebanan yang ditanggung...dan kepada semua pegawai2 yang beragama islam, tlg la jgn penuhkan pusat2 maksiat seperti disko, pub, sebab anggota keselamatan di malaysia la pengunjung utama pusat maksiat ini, dan kepada yang membuat siasatan tu, biarlah profesional, dan bukan bagi melempiaskan nafsu serakah di dalam pusat maksiat berkenaan............dan sekiranya perlu, wujudkanla badan siasatan PDRM bagi menyiasat perilaku segelintir pegawai polis yang berperangai buruk ini
nick79 : memang keja polis mencabar coz siang malam besengkang mata...cuma orang awam sahaja yang tidak tahu coz mereka tidak berada di tempatnya..

Sila Komen Di Bawah


05 September 2011

Majlis Khatam Al-Quran 1432H

Berita/Gambar : KCA BAKA IPD Shah Alam

Shah Alam, 24 Ogos 2011 - Majlis Khatam Al-Quran Peringkat IPD Shah Alam bagi tahun 1432H telah diadakan di Surau Al-Ihsan, Berek PDRM Seksyen 11 Shah Alam. Majlis bermula pada jam 6.00 petang.





Seramai 85 orang peserta telah menyertai program bacaan dan Tadarrus Al-Quran yang bermula 1 hingga 24 Ramadhan. Majlis Khatam Al-Quran ini dipimpin oleh Ustaz Saiful Jamsyir Md Hakim, Imam Surau Khalid Al-Walid, IPK Selangor yang juga KTA Cawangan Agama (BAKA) IPD Shah Alam.






Program tahunan ini telah dianjurkan oleh Surau Al-Ihsan IPD Shah Alam dengan kerjasama Bahagian Agama Dan Kaunseling (BAKA) IPD Shah Alam. Pada tahun ini juga, terdapat peningkatan peserta yang terdiri daripada Pegawai Kanan, anggota dan kakitangan awam dari seluruh Bahagian dan Balai IPD Shah Alam.

Peserta-peserta ini dipecahkan mengikut 7 buah Bahagian dan 4 buah Balai serta Penduduk Berek PDRM Seksyen 11 yang terdiri di kalangan kanak-kanak lelaki dan warga Muslimat.




Secara puratanya, setiap Bahagian dan Balai diberikan sebanyak 3-4 Juzuk untuk dibaca beserta terjemahannya di sepanjang program ini. Seterusnya menjadikan setiap hari, sebanyak 3-4 helai akan dibaca oleh setiap Bahagian dan Balai.




Majlis Khatam Al-Quran ini dimulakan dengan Tazkirah Ringkas dan Zikir Munajat. Seterusnya bacaan Surah-surah Lazim daripada surah Al-Dhuha sehinggan surah Al-Nas. Selepas Doa Khatam Al-Quran, majlis diteruskan dengan majlis Penyampaian Sumbangan kepada semua para peserta Tadarrus yang terdiri daripada 55 orang lelaki dan 30 orang wanita.




Sumbangan telah disampaikan sendiri oleh YDH Timbalan KPD Shah Alam, Supritenden Mazlan Othman mewakili Tuan KPD Shah Alam kepada wakil-wakil Bahagian dan Balai. Sebelum itu, beliau telah menyampaikan ucapan aluan dan amanat kepada hadirin.




Majlis berbuka puasa bermula jam 7.24 malam dan seterusnya Solat Maghrib Berjemaah. Dianggarkan kehadiran ialah seramai 120 orang. Moga di tahun hadapan, penglibatan akan lebih ramai dan meriah lagi.




Wakil KBLD : Insp. Tumiran Bulani.

Wakil KPB Seksyen 6

Wakil KPB Seksyen 9.

Wakil KPB Seksyen 15.

Wakil KPB Bukit Jelutong.

Wakil KBKA/KTD.







Tinggalkan Komen Anda Di Sini

04 September 2011

Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Bukit Aman

Wartawan/Jurufoto : L/Kpl Shahreel bin Shariman

Bukit Aman - 25 Ogos 2011 - Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Bukit Aman telah diadakan di Masjid Bukit Aman. Seramai 120 orang peserta telah menyertai program bacaan Al-Quran yang bermula 1 hingga 25 Ramadhan. Majlis Khatam Al-Quran ini dipimpin oleh Y.Bhg. Ustaz Zainol bin Abd. Jalil, Penolong Ketua Imam Masjid Bukit Aman.
Dari kiri... Supt. Haji Ghazali bin Haji Daud, Supt. Urus Setia BAKA, YDH DCP Dato' Haji Zambry bin Yahya, Pengerusi Masjid Bukit Aman, Y.Bhg Ustaz Zainol bin Abd. Jalil, Penolong Ketua Imam Masjid Bukit Aman, YDH SAC Dato' Dr. Hashim bin Haron, Timbalan Pengarah  Pengurusan (Agama Dan Kaunseling) Bukit Aman dan Y.Bhg Ustaz Azizan Shaari, Ketua Penolong Pengarah (Agama)

Program tahunan ini telah dianjurkan oleh Masjid Bukit Aman dengan kerjasama Bahagian Agama Dan Kaunseling (BAKA) Bukit Aman. Pada tahun ini juga, terdapat peningkatan peserta yang terdiri daripada Pegawai Kanan, anggota dan kakitangan awam dari seluruh Jabatan PDRM. Peserta-peserta ini dipecahkan kepada 10 kumpulan dan seorang ustaz dari BAKA mengetuai setiap kumpulan tersebut.


Turut hadir pada majlis tersebut adalah YDH DCP Dato' Hj. Zamri bin Yahya, Pengerusi Masjid Bukit Aman, YDH SAC Dato' Dr. Hashim bin Haron, Timbalan Pengarah Pengurusan (Agama Dan Kaunseling), Pegawai-pegawai kanan, Anggota-angota dan Kakitangan Awam PDRM Bukit Aman.

Masjid Bukit Aman.

Antara muslimat yang hadir.

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati oleh YDH DCP Dato' Hj. Zamri bin Yahya kepada setiap peserta.

Supt. Haji Ghazali bin Haji Daud, Supt. Urus Setia BAKA

Y.Bhg Ustaz Azizan Shaari, Ketua Penolong Pengarah (Agama)

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes