28 November 2011

Kompleks Baru IPD Shah Alam Selamat Dirasmikan

SHAH ALAM, 23 Nov- Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor berkenan mencemar duli merasmikan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam. Dalam titah ucapan Tuanku menyeru agar semua rakyat di Negeri Selangor menyokong tugas-tugas polis dan sentiasa mematuhi undang-undang serta memberikan kerjasama kepada pihak polis dalam mengekalkan keamanan. 

Selain itu, Tuanku turut menasihatkan setiap pegawai dan anggota Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa membersihkan diri daripada gejala negatif seperti rasuah, salah guna kuasa dan penyalahgunaan dadah.

Acara dimulakan dengan pemeriksaan kawalan kehormatan oleh DYMM Sultan Selangor. Acara diteruskan dengan Ucapan Ketua Polis Negara disusuli titah ucapan perasmian DYMM Sultan Selangor dan seterusnya gimik perasmian dengan membuka gulungan ‘Banner’ diikuti pelepasan (14) ekor burung merpati simbolik kepada (14) daerah polis di Kontinjen Selangor serta pelepasan belon ke udara. Acara gimik perasmian dimeriahkan lagi dengan letupan ‘Day Light Firework’.

Seterusnya Tuanku juga berkenan melawat Menara 1, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor dan meninjau pemandangan sekitar kawasan melalui cermin kaca ‘De-Stress Room’.

Sebagai tanda kenang-kenangan di atas kesudian Tuanku merasmikan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, polis Selangor mempersembahkan dan menghadiahkan sebilah pedang Smitha dan sebuah buku hasil karya Dato’ Hj. Tun Hisan b. Dato’ Hj. Tun Hamzah dan rakan penulisnya Mr. Koo Kheng Hor bertajuk ‘Beyond Policing – The Strategic Shift’ yang baru dilancarkan kepada Tuanku. Turut hadir YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussien, Menteri Dalam Negeri, DIG Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara dan Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Negeri Selangor. (Kredit untuk : Facebook Polis Selangor )






Ketua Polis Negara sedang bersalaman dengan Ketua Polis Daerah Shah Alam.

Sinar Harian : 28 November : Ruwaida Md Zain ; "Sultan Dukacita polis kena caci"
“Beta mengucapkan syabas kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana berjaya membantu mengekalkan keamanan dan menangani anasir negatif daripada berleluasa serta mengurangkan kadar jenayah di negeri ini,” titahnya ketika merasmikan bangunan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini, semalam.
 Utusan Malaysia ; "Sultan dukacita pihak caci polis"

Berita Harian Online ; oleh Khairul Azran Hussin : "Sultan dukacita pihak caci polis"
"Apa yang paling penting ialah setiap anggota polis hendaklah menjalankan tugas mengikut undang-undang yang ditetapkan dan tidak menyalahgunakan status sebagai anggota polis untuk mencapai kepentingan peribadi," titah baginda.

Sila Komen Di Bawah

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes