05 September 2011

Majlis Khatam Al-Quran 1432H

Berita/Gambar : KCA BAKA IPD Shah Alam

Shah Alam, 24 Ogos 2011 - Majlis Khatam Al-Quran Peringkat IPD Shah Alam bagi tahun 1432H telah diadakan di Surau Al-Ihsan, Berek PDRM Seksyen 11 Shah Alam. Majlis bermula pada jam 6.00 petang.





Seramai 85 orang peserta telah menyertai program bacaan dan Tadarrus Al-Quran yang bermula 1 hingga 24 Ramadhan. Majlis Khatam Al-Quran ini dipimpin oleh Ustaz Saiful Jamsyir Md Hakim, Imam Surau Khalid Al-Walid, IPK Selangor yang juga KTA Cawangan Agama (BAKA) IPD Shah Alam.






Program tahunan ini telah dianjurkan oleh Surau Al-Ihsan IPD Shah Alam dengan kerjasama Bahagian Agama Dan Kaunseling (BAKA) IPD Shah Alam. Pada tahun ini juga, terdapat peningkatan peserta yang terdiri daripada Pegawai Kanan, anggota dan kakitangan awam dari seluruh Bahagian dan Balai IPD Shah Alam.

Peserta-peserta ini dipecahkan mengikut 7 buah Bahagian dan 4 buah Balai serta Penduduk Berek PDRM Seksyen 11 yang terdiri di kalangan kanak-kanak lelaki dan warga Muslimat.




Secara puratanya, setiap Bahagian dan Balai diberikan sebanyak 3-4 Juzuk untuk dibaca beserta terjemahannya di sepanjang program ini. Seterusnya menjadikan setiap hari, sebanyak 3-4 helai akan dibaca oleh setiap Bahagian dan Balai.




Majlis Khatam Al-Quran ini dimulakan dengan Tazkirah Ringkas dan Zikir Munajat. Seterusnya bacaan Surah-surah Lazim daripada surah Al-Dhuha sehinggan surah Al-Nas. Selepas Doa Khatam Al-Quran, majlis diteruskan dengan majlis Penyampaian Sumbangan kepada semua para peserta Tadarrus yang terdiri daripada 55 orang lelaki dan 30 orang wanita.




Sumbangan telah disampaikan sendiri oleh YDH Timbalan KPD Shah Alam, Supritenden Mazlan Othman mewakili Tuan KPD Shah Alam kepada wakil-wakil Bahagian dan Balai. Sebelum itu, beliau telah menyampaikan ucapan aluan dan amanat kepada hadirin.




Majlis berbuka puasa bermula jam 7.24 malam dan seterusnya Solat Maghrib Berjemaah. Dianggarkan kehadiran ialah seramai 120 orang. Moga di tahun hadapan, penglibatan akan lebih ramai dan meriah lagi.




Wakil KBLD : Insp. Tumiran Bulani.

Wakil KPB Seksyen 6

Wakil KPB Seksyen 9.

Wakil KPB Seksyen 15.

Wakil KPB Bukit Jelutong.

Wakil KBKA/KTD.







Tinggalkan Komen Anda Di Sini

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes