11 December 2010

Eidul Adha dan Ibadah Korban 1431H

Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha 1431H pada 17 Nov 2010, warga kerja IPD Shah Alam telah melaksanakan ibadah korban sebagai mengingati pengorbanan yang dilakukan oleh junjungan besar Nabi Ibrahim ke atas anaknya. Di samping itu melalui peristiwa ini jelas membayangkan betapa setiap yang hendak dikorbankan itu mestilah sesuatu yang bersifat paling disayangi dan berharga. Ibadat ini juga boleh melatih perasaan individu Muslim agar jangan bersikap bakhil dan kedekut dalam mengeluarkan harta demi membela dan membantu golongan yang lebih memerlukan seperti orang fakir dan miskin. Aktiviti ini dijalankan sejurus selepas Solat Sunat & Khutbah Eidul Adha yang dipimpin oleh Ustaz Saiful Jamsyir Md Hakim pada jam 8.30 pagi. Tajuk khutbah...

09 September 2010

Laila Selesaikan Masalah Rumah Tangga Warga PDRM

Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS / Gambar ZULHAFIZ HANAFIAH Keluaran : 2 Mac 2010 SEPASANG suami isteri kelihatan berkerut, buntu seketika seolah-olah sudah tiada jalan penyelesaian terhadap kemelut rumahtangga yang mereka hadapi. Bagi mereka, jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi ialah duduk berbincang dan mendapatkan nasihat daripada pihak lain yang lebih mahir menangani permasalahan mereka itu. Selepas beberapa jam menerima khidmat kaunseling daripada Asisten Komisioner Datin Laila Ali, riak wajah pasangan itu kembali bersinar, tandanya masalah mereka berjaya diatasi. Laila, 45, yang merupakan Ketua Penolong Pengarah (Kaunseling) Bahagian Agama dan Kaunseling (Baka) di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman tersenyum apabila melihat...

26 August 2010

BAKA Tempat Rujukan Warga Polis

Oleh ASSIM HASSAN Gambar MOHD AZIM (pelatih Unisel) Utusan Online : 20 Julai 2010 KEWUJUDAN Bahagian Agama dan Kaunseling (Baka Polis Diraja Malaysia (PDRM), sejak 2007, membuktikan agensi itu merupakan sebuah pasukan yang begitu mementingkan nilai-nilai keagamaan. Malah walaupun sebuah unit kecil di dalam pasukan, PDRM menaruh keyakinan tinggi terhadap peranan Baka khususnya dalam membantu warganya menghadapi pelbagai masalah. Antaranya termasuklah soal disiplin anggota dan pegawai, memulihkan keyakinan diri mereka menerusi kaunseling dan aktiviti dijalankan. “Tidak semua manusia yang sempurna dan bebas daripada sebarang masalah. Dalam soal ini, Baka merupakan tempat rujukan untuk warga polis bagi berkongsi masalah. --------------------------------------------------------------------------------Ghazali...

Page 1 of 1712345Next

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes