GARIS PANDUAN TATACARA MEMBACA DOA DI MAJLIS-MAJLIS RASMI DAN SEPARUH RASMI KERAJAAN
TUJUAN
Garis panduan ini disediakan sebagai panduan kepada pihak-pihak yang terlibat menganjurkan sesuatu Majlis Rasmi dan Majlis Separuh Rasmi yang melibatkan bacaan doa.
PENDAHULUAN
PENDAHULUAN
Doa adalah satu ibadat. Ia merupakan satu tanda kerendahan hamba terhadap Allah S.W.T. Ia boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan.
Sesuatu doa itu hendaklah dilakukan dengan ikhlas, khusyuk, tertib penuh tawadu' dan mesti dilakukan dengan cara yang sesuai dengan kehendak syarak. Ini bermakna doa tidak boleh dilakukan sebagai satu budaya atau adat. Doa merupakan satu cara hidup yang diajar oleh Rasulullah S.A.W.
Sebagai satu ibadah, doa hendaklah dilakukan di tempat yang betul, masa yang sesuai dan suasana yang baik.
Garis Panduan doa ini adalah bagi bacaan doa secara berkumpulan atau beramai-ramai yang dilakukan dalam mana-mana majlis atau upacara rasmi atau separuh rasmi dinegara ini.
RASIONAL

Perlembagaan Persekutuan (Perkara 3) memperuntukkan bahawa agama Islam adalah Agama Bagi Persekutuan.
Oleh itu amalan membaca doa dalam Majlis-majlis Rasmi dan Separuh Rasmi Kerajaan adalah suatu amalan yang suci dan murni sesuai dengan kedudukan agama Islam di negara ini.
Panduan Membaca Doa Di Dalam Majlis : Download Di Sini
Protokol Doa : Klik Di Sini
Panduan Membaca Doa Di Dalam Majlis : Download Di Sini
Protokol Doa : Klik Di Sini
0 komentar:
Post a Comment
Komen Dengan Berhemah