SHAH ALAM, 25 Mac 2011 - Perhimpunan Sempena Peringatan Hari Polis Ke-204 Peringkat IPD Shah Alam pada tahun ini mempunyai kelainan daripada biasa iaitu tiada perbarisan malah hanya berhimpun di dalam dewan sambil duduk.
Para pegawai sedang menantikan kehadiran Tuan KPD. |
Ini memandangkan tiada tempat yang sesuai atau tiada padang lapang untuk mengadakan pembarisan di kawasan bangunan baru IPD Shah Alam. Maka perhimpunan diadakan di Dewan Sri Mawar, IPD Shah Alam.
Ketibaan YDH Tuan KPD Shah Alam. |
Majlis bermula jam 5.00 petang dengan nyanyian lagu Negaraku diiringi oleh sepuluh (10) ahli Kumpulan Koir IPD Shah Alam yang dipimpin oleh C/Insp. Abd Aziz Md Isa.
Kumpulan Koir IPD Shah Alam dengan lagu 'Negaraku' |
Turut hadir dan memeriahkan program ini ialah Pengerusi PERKEP Daerah, Kadet Polis, wakil-wakil Polis Bantuan, PVR dan 30 orang awam yang akan menerima Sijil Penghargaan sempena program Hari Polis Ke-204 ini.
Tuan KPD dan Pengerusi PERKEP Shah Alam. |
Pengerusi Majlis.. En. Ahmad Hafiz Ahmad Humaidi. |
Pengacara majlis pada program ini ialah Encik Ahmad Hafiz Ahmad Humaidi (S27 Kaunseling) dan bacaan doa perhimpunan pula dibaca dan dipimpin oleh Ustaz Abdur Rozaq Ibrahim (S27 Agama).
Ucapan perasmian oleh KPD Shah Alam. |
Ibu kepada Mendiang Rozita Pitong. |
Encik Sirajuddin Mohamad Mydin, Pengurus Kayu Nasi Kandar. |
Pengurus Syarikat Jakel Sdn Bhd. |
Encik Alias, Pengerusi NWP Sek.26 Shah Alam. |
Encik Zamri, Pengurus Kantin IPD Shah Alam. |
Orang kuat Surau Al-Islah, Seksyen 7 Shah Alam. |
Wartawan Sinar Harian. |
Wartawan Utusan Kosmo. |
Ustaz Haffeze bersama Sjn Naim Bani (Latihan). |
Balu polis menerima bantuan kewangan
PENGHARGAAN. Tiga orang balu dan lapan anak yatim menerima bantuan kewangan bagi mengenang jasa suami serta bapa mereka yang pernah berkhidmat sebagai anggota polis sempena Hari Peringatan Polis Ke-204 di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.
Bantuan kewangan itu disampaikan oleh Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob.
Pada majlis itu, seramai 40 individu menerima sijil penghargaan sebagai menghargai kerjasama yang diberikan kepada polis untuk membasmi kegiatan jenayah.
Ketika berucap pada majlis itu, Zahedi mengharapkan masyarakat dapat meningkatkan kerjasama dengan polis bagi membantu mengurangkan kadar jenayah terutamanya di Shah Alam.
ZAHEDI (dua dari kiri) bersama sebahagian penerima sijil penghargaan sempena Hari Peringatan Polis Ke-204 di Shah Alam baru-baru ini. |
0 komentar:
Post a Comment
Komen Dengan Berhemah