16 March 2011

Selamat Pengantin Baru -> PPPsi Hafiz Humaidi

Seluruh warga kerja IPD Shah Alam umumnya dan warga Cawangan BAKA IPD Shah Alam mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Encik Ahmad Hafiz Ahmad Humaidi, Penolong Pegawai Psikologi (S27) Cawangan BAKA, IPD Shah Alam bersama pasangan hidupnya, Puan Salfarina Mohamad Paiz.

13 Mac 2011 - di Jalan Harapan 2, Nibong Tebal (sebelah Hafiz)

Baraka Allahu Lakuma, Wa Jama'a Bainakuma Fi Khair (بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
Semoga Allah memberi barakah kepada kamu berdua dan ke atas kamu berdua serta mengumpulkan/menyatukan kamu berdua dalam kebaikan) dan semoga bahagia membawa hingga ke syurga Allah Taala.

12 Dis 2010 - di Kg Pelegong, Batu 8 Labu (sebelah isteri).

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kami memohon kepadaMu agar majlis perkahwinan rakan kami ini diberkati olehMu

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kami menadah kedua belah tangan untuk memohon
Agar Engkau berkati, rahmati dan redhai pasangan pengantin baru ini

Kurniakanlah kepada si suami ibarat...
...keteguhan cinta Saidina Ali kepada Fatimah
Kekuatan untuk menjadi suami dan ayah
Yang mampu memandu, membimbing dan mendidik
Isteri dan anak-anak menuju ke jalan yang Engkau redhai

Anugerahkanlah pula kepada si isteri...
...kehebatan kasih Saidatina Fatimah kpd Ali
Keupayaan untuk menjadi isteri dan ibu
Yang mampu menjaga maruah diri serta mengasuh
Anak-anak yang menjadi amanah

Kurniakanlah kepada mereka Ya Allah
Zuriat yang soleh solehah
Dan agar berkekalan mempelai ini
Sehingga ke dalam syurga
Amin Ya Rabbal Alamin.

Ucapan Yang Disunatkan Untuk Pengantin Baru
Sebenarnya apakah ucapan yang paling baik untuk mempelai-mempelai yang baru mendirikan rumahtangga?

Di dalam sebuah hadith, telah diriwayatkan bahawa Aqil Ibnu Ali Abi Talib r.a. telah menikahi seorang wanita dari kalangan Bani Jusham. Lalu orang ramai datang dan berkata, “Semoga berbahagia dan ramai anak.

Mendengar yang demikian Aqil berkata, “Janganlah kamu mengatakan demikian, kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah melarang yang demikian.

Mereka lalu bertanya, “Jika demikian, apakah yang patut kami katakan wahai Abu Yazid?

Aqil menjawab, “Katakan (Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu). Begitulah yang diperintahkan kepada kita”.[1]

Di dalam sebuah hadith riwayat Imam Bukhari, diceritakan Rasullulah s.a.w. ternampak kesan Sufrah (sejenis wangian berwarna kuning) di baju Abdul Rahman Bin Auf r.a. lalu beliau bertanya, “Apakah ini?

Abdul Rahman r.a. menjawab, “saya telah mengahwini seorang wanita dan telah membayar mas kahwin seberat sebiji kurma.”

Rasulullah s.a.w. bersabda, “ (semoga kamu diberkati). Adakan walimah walaupun dengan seekor kibash”[2]

Menurut Abu Hurairah r.a. apabila mendoakan seseorang yang baru berkahwin, Rasulullah s.a.w. akan berkata, “ (Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan.)”[3]

Menurut Imam Nawawi di dalam Al-Azkar adalah disunatkan kita mengucapkan seperti ucapan-ucapan Rasulullah s.a.w. di atas. Menurut beliau lagi, adalah makruh kita mengucapkan “Semoga berbahagia dan banyak anak.”[4]

Mana tidaknya, kehidupan pasangan yang diberkatiNya sudah tentu gembira dan bahagia. Sedangkan kehidupan pasangan yang gembira dan bahagia, belum tentu mendapat keberkatanNya.

Wallahu’alam.

0 komentar:

Post a Comment

Komen Dengan Berhemah

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes