
Oleh ASSIM HASSAN Gambar MOHD AZIM (pelatih Unisel)
Utusan Online : 20 Julai 2010
KEWUJUDAN Bahagian Agama dan Kaunseling (Baka Polis Diraja Malaysia (PDRM), sejak 2007, membuktikan agensi itu merupakan sebuah pasukan yang begitu mementingkan nilai-nilai keagamaan.
Malah walaupun sebuah unit kecil di dalam pasukan, PDRM menaruh keyakinan tinggi terhadap peranan Baka khususnya dalam membantu warganya menghadapi pelbagai masalah.
Antaranya termasuklah soal disiplin anggota dan pegawai, memulihkan keyakinan diri mereka menerusi kaunseling dan aktiviti dijalankan.
“Tidak semua manusia yang sempurna dan bebas daripada sebarang masalah. Dalam soal ini, Baka merupakan tempat rujukan untuk warga polis bagi berkongsi masalah.
--------------------------------------------------------------------------------Ghazali...