
SHAH ALAM, 7 April 2011 – Satu majlis ringkas Penyampaian Surat Penghargaan Ketua Polis Selangor telah diadakan di Balai Polis Seksyen 15 Shah Alam pada jam 3.00 petang.
Ia berikutan kejayaan tiga anggota Pondok Polis Kota Kemuning di atas kejayaan mereka menangkap penjenayah dalam masa 20 minit selepas aduan dibuat oleh mangsa melalui telefon.
Surat penghargaan tersebut telah disampaikan sendiri oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah kepada anggota-anggota yang terlibat.
Turut hadir ialah Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayob, Ketua-ketua Bahagian dan Timbalan Ketua Polis Balai Seksyen 15 iaitu SM Abas Abdul Jalil dan pegawai-pegawai serta anggota-anggota Balai Polis Seksyen 15 sendiri.
Seramai empat...