27 Julai 2011, Shah Alam - Bertempat di Dewan Kuliah, Masjid Negeri Shah Alam, telah berlangsung Seminar Maqasid Syariah : Membawa Kebahagian Kepada Keluarga bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 1.00 tengahari.
Seminar ini merupakan program kerjasama dengan Unit Undang-undang Keluarga, Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Petaling dengan mensasarkan 200 orang peserta. Memandangkan dewan di IPD Shah Alam tidak dapat menampung muatan tersebut maka tempat seminar terpaksa dipindahkan ke Dewan Seminar Masjid Negeri Shah Alam.
Slot 2 - Ustaz Halim Din (LZS)
Slot 1 yang berlangsung jam 9.00 - 10.30 pagi telah diisi dan disampai oleh Al-Fadhil Ustaz Hj Mokhyi Bin Hj Mohd Omar (Mantan Timbalan Pengarah Perundangan Keluarga JAIS & Mantan...