Shah Alam, 21 Julai 2011 - Cawangan BAKA IPD Shah Alam buat julung kalinya telah berjaya menganjurkan Kursus Sembelihan Bukan Komersil di Surau Al-Ihsan (Seksyen 11) IPD Shah Alam.
Program ini merupakan program kerjasama Lembaga Zakat Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor. Seramai 40 orang peserta telah menghadiri kursus tersebut termasuk beberapa orang anggota baru yang baru beberapa hari melaporkan diri untuk bertugas di IPD Shah Alam.
Sebanyak 15 ekor ayam telah dijadikan latihan sembelihan praktikal sumbangan seorang Ketua Polis Balai Komuniti di bawah IPD Shah Alam.
SLOT : CERAMAH KE-1
Kepentingan Mencari Halal Dalam Kehidupan

SLOT : CERAMAH KE-2
Tatacara Penyembelihan Halal (Teori)
SLOT : PENYEDIAAN MAKANAN
Disediakan oleh KTA Wanita BAKA dan Anggota PERKEP
SLOT : LATIHAN PRAKTIKAL
15 Ekor Ayam Hidup
SLOT : MAKAN TENGAHARI
Menu Nasi Ayam
SLOT AKHIR
Solat Zohor Berjamaah
Sila Komen Di Sini