Acara dimulakan dengan pemeriksaan kawalan kehormatan oleh DYMM Sultan Selangor. Acara diteruskan dengan Ucapan Ketua Polis Negara disusuli titah ucapan perasmian DYMM Sultan Selangor dan seterusnya gimik perasmian dengan membuka gulungan ‘Banner’ diikuti pelepasan (14) ekor burung merpati simbolik kepada (14) daerah polis di Kontinjen Selangor serta pelepasan belon ke udara. Acara gimik perasmian dimeriahkan lagi dengan letupan ‘Day Light Firework’.
Seterusnya Tuanku juga berkenan melawat Menara 1, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor dan meninjau pemandangan sekitar kawasan melalui cermin kaca ‘De-Stress Room’.
Ketua Polis Negara sedang bersalaman dengan Ketua Polis Daerah Shah Alam. |
Utusan Malaysia ; "Sultan dukacita pihak caci polis"“Beta mengucapkan syabas kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana berjaya membantu mengekalkan keamanan dan menangani anasir negatif daripada berleluasa serta mengurangkan kadar jenayah di negeri ini,” titahnya ketika merasmikan bangunan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini, semalam.
Berita Harian Online ; oleh Khairul Azran Hussin : "Sultan dukacita pihak caci polis"
"Apa yang paling penting ialah setiap anggota polis hendaklah menjalankan tugas mengikut undang-undang yang ditetapkan dan tidak menyalahgunakan status sebagai anggota polis untuk mencapai kepentingan peribadi," titah baginda.
Sila Komen Di Bawah