11 December 2010

Eidul Adha dan Ibadah Korban 1431H

Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha 1431H pada 17 Nov 2010, warga kerja IPD Shah Alam telah melaksanakan ibadah korban sebagai mengingati pengorbanan yang dilakukan oleh junjungan besar Nabi Ibrahim ke atas anaknya.

Di samping itu melalui peristiwa ini jelas membayangkan betapa setiap yang hendak dikorbankan itu mestilah sesuatu yang bersifat paling disayangi dan berharga.

Ibadat ini juga boleh melatih perasaan individu Muslim agar jangan bersikap bakhil dan kedekut dalam mengeluarkan harta demi membela dan membantu golongan yang lebih memerlukan seperti orang fakir dan miskin.

Aktiviti ini dijalankan sejurus selepas Solat Sunat & Khutbah Eidul Adha yang dipimpin oleh Ustaz Saiful Jamsyir Md Hakim pada jam 8.30 pagi. Tajuk khutbah yang disampaikan ialah "Bagaimana Seharusnya Kita Berkorban" terbitan JAIS.



Sebanyak enam (6) ekor lembu telah dikorbankan dalam Program Ibadah Korban di atas nama Allah taala pada tahun ini termasuk seekor untuk aqiqah. Aktiviti ini merupakan kerjasama secara bersama oleh semua Bahagian dan Balai di bawah IPD Shah Alam. yang turut dihadiri Ketua Polis Daerah, ACP Noor Azam Jamaludin.

Selain dapat menghayati makna pengorbanan ini, program ibadah korban ini dapat mengeratkan lagi tali silaturahim dan membentuk semangat kerja berpasukan dan berjemaah di kalangan warga IPD Shah Alam.

Program diakhiri dengan jamuan tengahari selepas solat zohor berjemaah.

Gambar lanjut : Klik Di Sini

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes