04 August 2011

WMB : KPI Dalam Ramadhan

22 Julai 2011 (9.00 am 11.00 am)
Program Wacana Minda - JAIS
Tajuk : "KPI Dalam Ramadhan"
Bilik Seminar, Masjid Negeri Shah Alam
Penceramah : Ustaz Mohamad Zamri bin Mohamed Shafik.
(Ketua Penolong Setiausaha Sektor Sosial, Majlis Agama Islam Selangor)
Wakil IPD Shah Alam : 6 orang peserta.






KPI #1: Puasa Yang Sempurna
Untuk capai KPI #1, kena pastikan 5 perkara iaitu; (a) niat puasa betul, (b) sahur pada waktu sahur, sekitar 5.00 pg, (c) berbuka puasa tepat pada waktunya, bukan awal, bukan lewat, (d) menahan diri dari segala perkara membatalkan puasa, (e) elak diri dari melampau menggunakan lidah, kaki, tangan dan telinga.

KPI #2: Solat Terawikh
Untuk capai KPI #2, kena pastikan 4 perkara iaitu; (a) makan sikit masa berbuka puasa. Kalau nak makan banyak pun, pastikan makan hanya 1/3 perut, minum 1/3, dan kosongkan 1/3, (b) solat di surau atau masjid yang kita selesa, (c) pergi awal ke masjid/ surau untuk pastikan tempat solat yang tidak mengganggu, (d) jangan bawa handphone atau apa-apa yang mengganggu kosentrasi solat.

KPI #3: Memburu Lailatul Qadar
Untuk capai KPI #3, kena buat 4 perkara iaitu (a) melatih diri dengan membiasakan solat tahajjud dan bangun sahur lebih awal sejak dari awal puasa, (b) selesaikan tuntutan raya dan keluarga serta rancang cuti dan balik kampung (c) iktikaf pada 10 akhir Ramadhan (d) perbanyakkan doa dan sedekah.

Kalau capai 3 KPI utama tu, insyaAllah akan berjayalah 3 sasaran Ramadhan iaitu (1) Keampunan dosa dulu dan akan datang, (2) Bebaskan nama dari senarai ahli Neraka, dan (3) Pahala sebanyak 83 tahun, 4 bulan.

Komen Post Ini Di Sini

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes