14 October 2011

Meraikan Bakal Hajjah

Satu-satunya warga IPD Shah Alam yang akan mengerjakan haji pada tahun ini ialah Sjn Rohaya Mohd Dewa (Sarjan Tatatertib) bersama suaminya. Beliau telah berlepas 6 Okt 2011 dengan menaiki penerbangan KT24. Semoga mendapat haji yang mabrur dan dikurniakan kesihatan dan dipermudahkan segala urusan. AMIN.
Sjn Rohaya Mohd Dewa
Sebelum itu, satu Majlis Meraikan Bakal Hajjah ini telah diadakan pada 5 Oktober 2011 di peringkat Bahagian Pengurusan Daerah yang diuruskan oleh Cawangan BAKA bertempat di Pejabat Pengurusan Daerah.

Persiapan bersama oleh Pegawai Awam Bahagian Pengurusan.

Ber'posing' sebelum majlis bermula.

L/Kpl Tatatertib bersama yang diraikan.
Turut hadir untuk meraikan sama dalam majlis tersebut ialah Tuan KPD, ACP Zahedi Ayob dan Timbalan KPD, Supt. Mazlan Othman. Majlis berlangsung pada jam 3.00 petang.
Dimulakan dengan bacaan doa.

Amin Ya Rabbal 'Alamin.

Sebahagian Pegawai Kanan dan Anggota Bahagian Pengurusan.
Nota/Tazkirah Pilihan : Dari Abu Hurairah Ra. ia berkata: Rasulullah SAW ditanya: Amal ibadah apakah yang paling utama ? Nabi bersabda: “Beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.” Kemudian apa ? Nabi bersabda: “Jihad di jalan Allah.” Kemudian apa ? Nabi bersabda: “Haji yang mabrur.” ( HR. Al-Bukhari dan Muslim)

Dari A’isyah Ummil Mukminin Radiallahuanha dia berkata : "Ya Rasulullah! Kami berpendapat bahawa jihad adalah perbuatan baik yang paling utama, bolehkah kami wanita turut berjihad?" Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : "Tidak begitu, jihad yang paling utama bagi wanita adalah haji mabrur.” (HR. Bukhari)

Nabi saw. bersabda, “Sesiapa yang mengerjakan ibadah haji dan dia tidak melakukan jima’ dan tidak pula melakukan perbuatan dosa, dia akan bersih dari dosa-dosanya seperti pada hari ketika dia dilahirkan oleh ibunya.” (HR. Al-Bukhari, Muslim, An-Nasa’i, Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Nabi saw. bersabda, “Haji mabrur itu tiada balasan baginya melainkan Syurga.” (HR Bukhari)

Imam An-Nawawi berkata: “Makna yang paling benar dan paling masyhur bagi haji mabrur ialah ibadah haji yang tidak dicemari oleh perbuatan dosa.”
Ucapan aluan oleh Tuan KPD.

Tekun mendengar ucapan Tuan KPD.


Masa untuk menghidang.
 
Moga dipermudahkan segala urusan.






Sila Komen Di Bawah

0 komentar:

Post a Comment

Komen Dengan Berhemah

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes