30 July 2011

Seminar Maqasid Syariah 2011

27 Julai 2011, Shah Alam -  Bertempat di Dewan Kuliah, Masjid Negeri Shah Alam, telah berlangsung Seminar Maqasid Syariah : Membawa Kebahagian Kepada Keluarga bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 1.00 tengahari.

Seminar ini merupakan program kerjasama dengan Unit Undang-undang Keluarga, Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Petaling dengan mensasarkan 200 orang peserta. Memandangkan dewan di IPD Shah Alam tidak dapat menampung muatan tersebut maka tempat seminar terpaksa dipindahkan ke Dewan Seminar Masjid Negeri Shah Alam.

Slot 2 - Ustaz Halim Din (LZS)

Slot 1 yang berlangsung jam 9.00 - 10.30 pagi telah diisi dan disampai oleh Al-Fadhil Ustaz Hj Mokhyi Bin Hj Mohd Omar (Mantan Timbalan Pengarah Perundangan Keluarga JAIS & Mantan Imam Besar Masjid Negeri Shah Alam) bertajuk "...".

DSP Azmi Md Said (KPBD) mewakili KPD Shah Alam dalam ucapan aluan penutup seminar.

Slot 2 pula telah berlangung jam 10.30 pagi - 12.00 tengahari pula disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Abdul Halim bin Din, (Pegawai Eksekutif, Lembaga Zakat Selangor)  bertajuk "...".


Sebahagian Pegawai dan Anggota yang hadir.

Majlis Penutup Seminar pula telah dilangsung pada jam 12.15 tengahari di mana wakil Ketua Polis Daerah Shah Alam iaitu DSP Azmi Bin Md Said (KBPD) telah menyampaikan ucapan aluan penutup. Seterus ucapan perasmian penutup telah disampaikan oleh Pegawai Tadbir Agama PAID Petaling, Ustaz Muhammad Sujak bin Mohd Dasuki.

Hadirin sedang khusuk.

Turut hadir pada majlis penutup tersebut ialah Penyelaras Program iaitu Ustaz Suhaimi Ahmad Wakid (Ketua Unit Undang-undang Keluarga, PAID Petaling) dan Ustaz Abdur Rozaq Ibrahim (Ketua Cawangan Agama IPD Shah Alam).

Pegawai Tadbir Agama Daerah Petaling, Ustaz Muhammad Sujak Mohd Dasuki, ucapan perasmian penutup seminar.

Untuk meramaikan seminar tersebut, turut dijemput dan hadir ialah IPD Subang Jaya, IPD Petaling Jaya, Penolong-penolong Pendaftar Nikah Daerah Petaling dan Guru-guru Sekolah Agama Daerah Petaling. Kehadiran dianggarkan sekitar 150 orang peserta.

Sesi bertukar-tukar cenderamata.

Dalam masa yang sama, Cawangan BAKA juga sedang menguruskan kematian seorang anggota IPD Shah Alam yang meninggal pada malam sebelum iaitu jam 8.50 malam (26 Julai 2011) dan jenazah mula diuruskan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pada jam 8.00 pagi (27 Julai 2011) . Ramai pegawai dan anggota yang turut bersama-sama menghantar jenazah ke Rawang pada jam 11.30 pagi selepas solat jenazah di Surau Al-Ihsan IPD Shah Alam.

Anggota yang dimaksudkan ialah Allahyarham Kpl/120798 Ahmad Zamri Bin Md Abas, 45 tahun daripada Bahagian Jenayah (NKRA). Al-Fatihah.


Tinggalkan Komen Anda di Bawah :

18 July 2011

Selamat Maju Jaya buat Apied

Bermula hari ini BAKA IPD Shah Alam telah kehilangan seorang lagi kakitangan iaitu saudara Ahmad Hafiz Ahmad Humaidi, Penolong Pegawai Psikologi kerana telah memulakan perkhidmatan di tempat baru iaitu di Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia (KeTTHA).

17 Julai 2011 - Hafiz membaca doa pada Program Memancing
Bersama Dato' KP Selangor di Rabok Bay Shah Alam.

Tempat beliau tidak akan diganti kerana perjawatan tersebut telah di'upgrade' kepada perjawatan Pegawai Psikologi Gred S41.

Encik Hafiz telah memulakan perkhidmatan di sini semenjak Julai 2008 iaitu Pegawai Awam pertama di Cawangan BAKA IPD Shah Alam di dalam Unit Kaunseling di mana sebulan selepas itu, Unit Agama pula diaktifkan kemasukan Kader JAKIM gred S17.


DOA PERPISAHAN
Pertemuan kita di suatu hari
Menitikkan ukhuwah yang sejati
Bersyukurku kehadap Illahi
Di atas jalinan yang suci

Namun kini perpisahan yang terjadi
Dugaan yang menimpa diri
Bersabarlah diatas suratan
Kutetap pergi jua

Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Alloh bantulah hamba-Mu

Mencari hidayah dari pada-Mu
Dalam mendidikan kesabaranku
Ya Alloh tabahkan hati hamba-Mu
Diatas perpisahan ini

O.. uwo.. ho..

Teman betapa pilunya hatiku
Menghadapi perpisahan ini
Pahit manis perjuangan
Telah kita rasa bersama
Semoga Allah meredhoi
Persahabatan dan perpisahan ini
Teruskan perjuangan

Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Alloh bantulah hamba-Mu

Senyuman yang tersirat di bibirmu
Menjadi ingatan setiap waktu
Tanda kemesraan bersimpul padu
Kenangku di dalam doamu
Semoga... Tuhan berkatimu
 
 


16 July 2011

Cabaran Berbeza Zahedi

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayob

BERTUKAR portfolio Ketua Polis Daerah Sepang, Selangor ke jawatan sama di Shah Alam pada penghujung 2010, ternyata membuka lembaran berbeza buat Asisten Komisioner Zahedi Ayob.

Meskipun ramai menganggap cabaran semasa yang dihadapi pegawai polis kurang bergantung kepada faktor geografik, namun bagi Zahedi, 54, daerah Sepang dan Shah Alam terpaksa dilalui dengan pendekatan yang berlainan.

Beliau yang telah setia berkhidmat bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama 38 tahun itu berkata, ketika berada di Sepang bukan sahaja ‘kerenah’ warganegara Malaysia perlu ditempuhinya malah warga asing juga memberi cabaran.
Katanya, disebabkan pintu masuk utama negara iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terletak di daerah itu, cabaran yang dihadapi beliau tentu sekali melibatkan masalah komunikasi.

“Di mana-mana ada jenayah serta masalah, begitu jugalah di Sepang. Setiap anggota polis yang bertugas di daerah itu perlu lebih bersedia dan mampu untuk bertindak lebih pantas.

“Ini kerana warga asing bukanlah penduduk negara ini dan jika mereka dilanda masalah atau jenayah, ia perlu diselesaikan dengan tempoh yang singkat dan betul,” katanya ketika ditemui Gaya Polis baru-baru ini.

Tambah beliau, kewujudan Cyberjaya yang menjadi tumpuan pelbagai syarikat antarabangsa juga menambah tekanan kepada setiap pegawai polis di daerah Sepang. Oleh itu kemampuan berbahasa Inggeris adalah menjadi kemestian.

Berlainan pula cabaran sebagai Ketua Polis Daerah Shah Alam, bekas Inspektor Pasukan Polis Hutan - PPH (kini Pasukan Gerakan Am) ini menjelaskan, kadar jenayah di ibu negeri Selangor ternyata lebih tinggi berbanding Sepang.

Shah Alam menjadi tumpuan segenap masyarakat kerana pelbagai infrastruktur, prasarana serta kepadatan penduduk ada di sini dan tentu sekali selera masyarakat terhadap kemampuan polis menangani jenayah juga semakin tinggi."

“Pendekatan yang berbeza perlu dilakukan di sini tetapi harus saya akui ia tidaklah sama seperti yang diamalkan di Sepang, namun pengalaman di daerah itu saya terap dalam mentadbir Shah Alam,” ujarnya.

12 July 2011

WCB : Ceramah Israk Mikraj 1432H

SHAH ALAM, 26 Jun 2011 - Sempena menyambut Hari Kebesaran Islam iaitu Israk & Mikraj 1432H, satu program Wacana Minda Bulanan bertajuk 'Israk dan Mikraj : Perjalanan Kehidupan Mukmin' telah diadakan di Dewan Sri Mawar, IPD Shah Alam.

Penceramah yang tidak asing lagi iaitu Ustaz Roslan Mohamed, Pensyarah Kanan Universiti Malaya telah dijemput untuk menyampaikan ceramah yang telah diadakan pada jam 10.00 pagi sehingga 11.30 pagi.

Sebelum itu, pada jam 9.00 pagi, majlis bacaan Yasin dan Tahlil telah diadakan di tempat yang sama di samping menunaikan hajat Puan Habibah Mohd Ali, Ketua Pembatu Tadbir, Cawangan Pentadbiran. Keseluruhan majlis telah mendapat sambutan yang baik dengan anggaran kehadiran seramai 70 orang.


Ustaz Roslan Mohamed

Pertanyaan daripada Cik Fadillah.

Bacaan doa penutup majlis.



Peserta Muslimin.

Sambutan muslimat lebih memberangsangkan.

Pelanggan tetap jamuan rohani.


Tuan Saumi dan Tuan Tumiran turut meraikan majlis.

Berkatilah Hamba Allah yang memberi makan ini.
Gambar lanjut : http://www.facebook.com/media/set/?set=a.247480681929755.72048.151504171527407

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes