02 May 2011

Forum Perdana Ehwal Islam 2011

SHAH ALAM, 21 April 2011 - Kehangatan Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-204 Tahun masih hangat dirasakan dengan berlangsungnya aktiviti yang kelapan iaitu Forum Perdana Ehwal Islam. Dengan tajuk "Amalan Integriti : Antara Ibadat dan Adat", sambutan yang meriah telah diadakan di Surau Al-Amin, Kompleks Perumahan PDRM Seksyen 20 Shah Alam.

Forum ini merupakan anjuran Cawangan BAKA IPD Shah Alam dengan kerjasama Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Selangor dan Lembaga Zakat Selangor serta Persatuan Penduduk Kompleks Perumahan PDRM Seksyen 20 Shah Alam.

Para jemputan menjamu selera sebelum forum bermula.

Program bermula dengan Solat Isyak berjamaah disusuli dengan jamuan oleh para tetamu jemputan. Saudara Ahmad Hafiz Ahmad Humaidi selaku Pengerusi Majlis memulakan majlis forum pada jam 9.30 malam. Turut hadir di kalangan pimpinan IPD Shah Alam ialah Tuan KPD, KBPD, KBKA/KTD, KBSJND dan KBSJKD serta KPB Seksyen 9 dan KPB Bukit Jelutong.

Barisan moderator dan ahli panel forum.

Barisan moderator dan panel forum ini ialah Moderator : Ustaz Kahairul Jahrin Bin Nasri (Pen. Pegawai, Bhg Undang2 Keluarga, JAIS), Ahli Panel 1 : Ustaz Alwi Parman (KPP [Undang2 Keluarga] JAIS) dan Ahli Panel 2 : Ustaz Abdul Halim Bin Din (LZS).

Tuan KPD antara VIP yang hadir.
Program diserikan lagi dengan kehadiran Kaunter Bergerak Lembaga Zakat Selangor, kaunter jualan minuman kesihatan dan pakaian serta bacaan zikir munajat beramai-ramai sebelum Solat Isyak. Majlis telah menyediakan sebanyak 500 bungkus makanan kepada hadirin sejurus tamat majlis. Anggaran kehadiran adalah sekitar 400 orang termasuk kanak-kanak.
Tanda kenangan kepada penceramah.
Majlis berakhir pada jam 11.15 malam. Secara umumnya, program ini sangat mengujakan hadirin kerana ini merupakan kali pertama forum perdana ini diadakan di Kuarters PDRM Seksyen 20 Shah Alam.
Sambutan yang meriah.

Aktiviti-aktiviti sampingan.

0 komentar:

Post a Comment

Komen Dengan Berhemah

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes