23 June 2011

MTAQ Peringkat Kontinjen Selangor (Hari 1)

Pentas Majlis Tilawah.
Hari ini merupakan hari pertama Majlis Tilawah Al-Quran PDRM Peringkat Kontinjen Selangor yang berlangsung selama dua (2) hari iaitu 23-24 Jun 2011 di Dewan Serbaguna IPK Selangor, Seksyen 9 Shah Alam.

L/Kpl Adenan Bin Abdul Rahmad (Qari IPD Shah Alam)

Seramai 20 orang peserta telah memperdengarkan bacaan masing-masing pada hari pertama di mana 14 orang pada sebelah pagi dan selebihnya pula pada sebelah petang. Manakala 4 orang peserta lagi akan memperdengarkan bacaan mereka pada malam esok iaitu malam penutup.

Kpl Sariah Binti Buhari (Qariah IPD Shah Alam)


Cawangan BAKA IPD Shah Alam telah terlibat secara langsung dalam majlis sebagai Petugas kepada beberapa Urusetia iaitu pengiring peserta, penjaga 'slide show' dan urusetia hakim selain daripada sebagai pengiring kepada Qari dan Qariah daripada IPD Shah Alam.

0 komentar:

Post a Comment

Komen Dengan Berhemah

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes