11 February 2012

Inspektor Agama PDRM Telah Ditempatkan


Sejarah baru telah tercipta dalam Bahagian Agama dan Kaunseling PDRM di mana dua (2) jawatan Inspektor Agama telah ditempatkan dan diisi pada awal Januari 2012 di peringkat Bukit Aman sebagai langkah permulaan.

Ini secara tidak langsung akan memperkukuhkan lagi institusi keagamaan PDRM sebagai Badan Penguatkuasaan Beruniform dan meningkat syiar Islam di kalangan warga PDRM.

Buat masa ini, dianggarkan seramai 950 orang yang mengisi jawatan dalam Cawangan Agama PDRM di seluruh negara adalah daripada Kader JAKIM dalam pelbagai gred jawatan dengan gred S48 adalah yang paling tinggi iaitu mengetuai Cawangan Agama di Bukit Aman dengan nama jawatan Ketua Penolong Pengarah (Agama) PDRM.

Inspektor Muhammad Ridhuwan bin Zaini Al-Hafiz, Inspektor Agama (Operasi) BAKA PDRM. Beliau berkelulusan Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat, Darul Quran (JAKIM) & Ijazah Al-Quran Wal Qiraat, Universiti Al-Azhar Mesir.
Inspektor Muaz bin Abdullah Habib, Inspektor Agama (Operasi) BAKA PDRM. Beliau berkelulusan Ijazah Sunnah dan Pengurusan maklumat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).


Akaun FB : Komen Di Sini

1 komentar:

Anonymous said...

bagus sebenarnya BAKA ni dlm PDRM...tetapi ada seekor pegawai baka berpangkat asp yang perangai mcm setan di ....... konon alim tapi nauzibillah perangai....topeng je alim...

Post a Comment

Komen Dengan Berhemah

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes