27 February 2011

Program Pagar Desa - Surau-surau Daerah Shah Alam

Shah Alam, 24 Februari 2011 - Sejurus selepas program Sambutan Maulidur Rasul yang selesai jam 2.30 petang, Cawangan BAKA yang ditugaskan untuk membantu Cawangan Hal Ehwal Awam telah bertungkus-lumus untuk membuat persiapan seterusnya iaitu program Pagar Desa pada jam 4.00 petang selepas dimaklumkan terdapat pindaan lokasi program. Berita bertulis akan menyusul.

Kain Rentang Program.

(Dari Kiri) KPB Sek.9, KPB Bukit Jelutong & KBSJND.
Semua Ketua-ketua Balai dan Ketua-ketua Balai Komuniti atau wakilnya telah hadir dalam menjalin hubungan yang baik dengan para peserta di samping bersedia untuk menjawab sebarang persoalan yang mungkin akan dibangkitkan oleh peserta.

Para peserta memulakan pendaftaran bermulajam 3.45 petang.
Pendaftaran bermula pada jam 3.45 petang dengan mensasarkan kehadiran 100 wakil daripada surau-surau sekitar daerah Shah Alam. Seramai 70 orang wakil daripada kira-kira 50 buah surau telah hadir.
Wakil-wakil Jawatankuasa Surau sekitar Shah Alam.



Ketibaan Tuan KPD ke majlis.
Antara tujuan program diadakan ialah untuk menubuhkan suatu rangkaian yang baik di kalangan peserta sebagai Rakan Polis amnya dan sebagai pencegah jenayah di barisan hadapan khususnya dalam menyalurkan maklumat secara terus kepada pihak polis.

Sebahagian Pegawai dan Anggota yang hadir.

Majlis bermula kira-kira jam 4.15 petang.

Para hadirin serius dengan taklimat yang dijalankan.

Encik Abdul Razak Hj Hussin sedang menyampaikan taklimat program.
Program ini sebenarnya telah pun dilaksanakan di peringkat IPD Sepang di mana ketika itu Tuan KPD Shah Alam, ACP Zahedi Ayob sedang bertugas sebagai KPD Sepang. Program ini sangat berjaya dan idea ini sedang dikembangkan di Shah Alam pula.


Ustazah Suhaiza sebagai Pencatit Minit.

Para Urusetia berehat sebentar di ruang makan.

Ketua Polis Balai Salak Tinggi, Sepang.

Peserta bertanyakan penglibatan masjid dalam program ini.




0 komentar:

Post a Comment

Komen Dengan Berhemah

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes